Cara Buat Iklan Fb

Macam Mana Nak Buat Copywriting Yang Power?

Sebelum cerita lebih lanjut tentang cara buat fb ads… kita belajar sikit tentang copywriting.

Copywriting ini sangat penting kalau anda serius nak tau cara buat FB Ads yang berkesan.

Anda tau tak copywriting tu apa?

Copywriting tu sebenarnya ayat iklan je, cuma dalam dunia pengiklanan ianya dipanggil copywriting.

Okay, berbalik pada topik asal.

Macam mana nak buat copywriting yang power ni?

Jawapannya, pastikan copywriting anda ada 5 perkara ni:

Headline adalah tajuk ayat iklan anda. 70% keberkesanan ayat iklan bergantung pada headline.

Fungsi headline ni sama macam headline surat khabar atau tajuk buku, ianya bertujuan untuk melariskan jualan.

Headline yang menarik juga akan buatkan prospek teruja untuk klik dan baca fb ads anda.

Cara buat FB Ads yang berkesan adalah anda kena banyakkan berlatih menulis headline. Sebab, headline copywriting yang menentukan samada orang nak klik atau tak iklan anda.

Kalau produk power tahap langit ke-21 sekali pun, ianya tak akan laku kalau anda tak berjaya tarik perhatian prospek untuk klik fb ads anda.

Jadi… macam mana nak buat headline yang menarik ni?

Pastikan headline anda “simple”, “straight to the point” dan mudah difahami.

Kalau anda jual ubat kurus, pastikan terus je cerita pasal masalah yang prospek anda hadapi.

Contoh:“Tak Pernah Cuba Macam-macam Jenis Diet? Tapi Masih Tak Berjaya Tuurunkan Berat Badan?”

Ya, headline macam ni pun dah okay.

Sebab ianya “straight to the point” dan siapa yang ada masalah tersebut akan tertarik untuk baca iklan anda.

Sekarang cerita tentang intro pula.

Anda perlu buat intro yang boleh memancing prospek untuk baca iklan anda sampai habis.

Ada banyak formula, tapi biasanya saya akan tulis situasi yang mungkin dihadapi oleh prospek.

Contoh, intro bagi ubat kurus:“Biasanya, orang yang nak kurus ni dah cuba macam-macam diet. Diet Atkin la, Diet Mediterenean la. Tapi, tak juga kurusnya. Silap-silap makin naik lagi ada la. :’(“

Kenapa intro jenis macam ni dapat pancing prospek untuk baca iklan anda sampai habis?

Sebab, prospek akan rasa macam iklan ni sedang bercakap tentang dirinya, dia rasa nak tau lebih lanjut lagi.

Tapi soalnya, macam mana nak tau apa situasi yang sedang prospek hadapi?

Mudah je, call pelanggan anda yang dah “repeat order” produk anda lebih dari 3 kali.

Temuramah mereka, tanya kenapa mereka beli produk anda?

Apa situasi yang mereka hadapi sebelum ni?

Apa usaha yang mereka pernah cuba tapi gagal?

Akhir sekali, copywriting tak akan jadi power dengan headline dan intro je, ianya memerlukan 1 tawaran yang meleleh untuk pastikan prospek rasa teruja untuk terus dapatkan produk anda.

Ada banyak jenis tawaran yang oleh buatkan prospek meleleh, tapi saya kongsikan 3 jenis dulu:

Cukup ada semua elemen ini pada ayat iklan, ianya akan buatkan prospek teruja nak klik dan respon pada fb ads anda.

(NOTA TEPI: Khas untuk usahawan-usahawan online yang nak belajar cara buat ayat ilan yang power, boleh join kelas online Copy Master 2.0)

Cara Buat FB Ads yang Berkesan – Menentukan Targeting

Cara buat fb ads yang berkesan adalah, kena pastikan iklan anda disasarkan pada golongan yang tepat.

Caranya, spesifikkan kepada siapa iklan tersebut ditujukan.

Contoh, ubat kurus mungkin sesuai untuk wanita dan lelaki, umur 25-50.

Tapi, target ni terlalu umum . Ianya tak spesifik dan tepat.

Anda boleh cuba spesifikkan lagi.

Ini contoh targeting yang tepat dan spesifik.

Sebenarnya, tak kisah anda buat iklan guna medium online atau offline, anda tetap perlu target pada golongan yang spesifik.

Kalau guna FB Ads, anda boleh setting dalam ads manager, kalau anda buat iklan offline, berdasarkan targeting, anda boleh pilih nak iklan di mana.

Kalau target wanita bujang, mungkin boleh letakkan iklan anda di stesen LRT yang berdekatan dengan pejabat.

Pokok pangkalnya, letakkan iklan di tempat yang betul. Kita akan cerita tentang Placement pada bahagian seterusnya.

“Placement” ni adalah lokasi, atau medium dimana anda paparkan iklan anda.

Nak pasang iklan dekat FB ke IG?

(NOTA Cara buat fb ads yang berkesan: Iklan di IG juga dibuat dari platform FB Ads. Anda perlu test kedua-dua placement dan tengok mana yang lebih berkesan)

Soalnya, apakah “placement” yang paling power?

Jawapan bagi soalan ni, semua tempat boleh jadi power. Ianya bergantung pada targeting anda.

Sebagai contoh placement bagi targeting ubat kurus (rujuk pada contoh targeting diatas tadi)

Anda boleh iklankan di FB… tapi, tak semua golongan anda boleh capai dengan FB semata-mata.

Sebagai contoh, untuk sasarkan iklan pada golongan muda, anda kena pasang juga iklan di IG.

FB ads yang berkesan perlukan copywriting yang power. Anda perlu target iklan pada golongan yang tepat dan letakkan iklan anda di tempat yang betul.

Ketiga-tiga elemen ni wajib ada.

Mulai dari hari ni dan sampai bila-bila, pastikan anda ingat formula ni setiap kali nak buat fb ads.

Harapan saya, sebaik sahaja anda habis baca artikel ini, anda tahu serba sedikit tentang cara buat fb ads yang berkesan.

Join group FB “Komuniti Digital Marketing Malaysia (klik untuk join)” dan postkan soalan anda dalam group tu ya? =)

Saya cuba jawab apa-apa soalan berkaitan cara buat FB Ads.

Ramai bertanya sifufbads.com, bagaimana nak buat iklan facebook? Boleh ajar?

Di bawah, saya tunjukkan panduan langkah demi langkah bagaimana untuk buat iklan facebook. Dalam contoh di bawah, saya tunjukkan panduan promosikan fanpage.

Langkah 1: Klik pada “home“, pilih “Advertise on Facebook”

Langkah 2: Klik “create ad Ad”

Langkah 3: Pilih fanpage yang anda ingin promosikan.

Langkah 4: Ada 3 objektif yang anda boleh pilih. Pilih mana yang selari dengan objektif anda.

Jika anda pilih untuk promosikan fanpage anda untuk dapatkan LIKE, anda boleh pilih ads jenis di bawah.

Jika anda pilih untuk promosikan fanpage anda untuk dapatkan respons pada post, anda boleh pilih ads jenis di bawah. (Jenis-jenis page post anda boleh rujuk artikel sebelum ini)

Langkah 5: Untuk sponsored Stories, terpulang pada anda samada mahu gunakannya atau tidak. Jika tidak mahu, klik “remove“.

Langkah 6: Pilih audien anda. (kepada siapa anda ingin iklankan )

Langkah 7: Pilih connections

Langkah 8: Isikan maklumat Campaign, Pricing and Schedule

Langkah 9: Pilih jenis pricing yang anda mahukan.

CPC – kos iklan anda adalah berdasarkan klik yang diperolehi.

CPM – kos iklan berdasarkan setiap 1000 kali iklan anda dipaparkan

AutoCPM (sponsored story) – kos iklan berdasarkan jumlah reach (audien) yang anda mahukan

Langkah 10: Isikan maklumat bid anda.

Langkah 11:  Klik “review ad”

Langkah 12: Review ads anda dahulu dan namakan ads anda.

Langkah 13: Anda diminta isikan maklumat kad kredit/kad debit anda.

Langkah 14: Isikan maklumat kad debit/kad kredit anda seperti ini.

Langkah 15: Seterusnya, klik “skip”

Langkah 16: Masukkan password akaun FB anda.

Langkah 17: Anda diminta isikan informasi akaun anda.

Langkah 18: Ads @ iklan pertama anda berjaya dibuat. Dan anda perlu tunggu kelulusan dari pihak FB.

Langkah 19: Ads anda akan dihantar ke pihak FB untuk kelulusan. Biasanya ianya mengambil masa paling cepat 2 minit, dan paling lambat 3 hari. (iklan yang diluluskan juga akan dimaklumkan melalui emel anda oleh FB)

Bagaimana? Boleh ikutinya? Tahniah..

PS – Jika rasa bermanfaat, boleh lah share di FB anda dengan klik “share button” di bawah ye.

Offenbar hast du diese Funktion zu schnell genutzt. Du wurdest vorübergehend von der Nutzung dieser Funktion blockiert.

Ya, betul, ketiga-tiga elemen wajib ada.

Kalau tak, iklan anda ke laut pasifik.

Soalnya, susah ke nak pastikan 3 elemen ni ada pada iklan anda?

Sebenarnya tak, ianya tak susah.

Cuma, ianya perlukan sedikit usaha